Salam...
ni br nk tempek gambo Kek Kukus Haw Flakes yg di' share' oleh rakan blogger 'Anissya Cakes'..
thank you very much...buat separuh bancuhan je...tu pun jenuh nk melapis nye..tgk le lapisannya pon haru biru..sbb tang lapisan tengah tu..ingatkan dah masak..rupanya lembik lagi..langsung porak peranda kek itewww.....
Resepi kek Masam Manis Kukus (thanks to Anissya cakes)
250g butter/majerin
2 cawan gula kastor
2 1/2 cawan tepung gandum
8 biji telur gred A
1 sk esen vanilla
1 sk baking powder
1 sk baking soda
asam haw flakes secukupnya
pewarna hijau & kuning
cara:-
-panaskan periuk pengukus.
-pukul mentega dan gula hingga kembang
-masukan telur pukul kemudian masukan esen vanilla pukul lagi sampai sebati
-masukan tepung , baking soda & baking powder yg tlh di ayak sedikit demi sedikit pukul hingga sebati (jgn lame2 pukul ya)
-bahagikan adunan kepada 2 dan letak warna kuning dan hijau
-alas loyang yg telah disapu minyak dengan kertas kuih.
-masukan jap dlm pengukus dlm 2min. kemudian mula buat lapisan pertama anggaran 2 senduk bulat terpulang nk letak adunan kuning /hijau dahulu.
-letak asam haw flake di atas lapisan kemudian kukus dlm masa 15 min atau sehingga lapisan masak dan buat lapisan seterusnya.
*tudung periuk mesti dibalut dgn kain bersih bg mengelakan wap air menitis ke atas kek.
cantik kombinasi kaler kek awak..:)
ReplyDelete