this is for sticky post

Sunday, December 6, 2009

Kek Gula Hangus

Salam...
disebabkan ada member dr johor puji kek gula hangus kiter...sy pon merajinkan diri buat n3 khas just to share the recipe..recipe ni sy dpt dr majalah Saji (x ingat keluaran yg mana)..InshaAllah kalo ikut aturannya mmg menjadik..rahsia sarang atau lubang2 pd kek tu ialah pada masa pemeraman b4 dikukus.. kalo bule biar lebih dr 10 minit sbb sy penah terlupa nk peram,terus je masuk sauna..mmg x jadik lubangnya..
ada gak resepi yg sy jumpe peram hingga 3 jam..sy x penah cuba..maybe hasilnya lebih bagus..Ok Kak Liza..over to you.....:):)






Kek Gula Hangus

Bahan-bahan
Gula hangus ( Masak 1 1/2 cawan gula hingga hangus dan tambah 1 cawan air didih)
125 gm butter
5 bj telur
1 1/4 cawan tepung gandum (ayak dgn 1/2 sdb soda bikabonat dan 1/2 sdb baking powder)
1/2 tin susu pekat

Cara-cara
Panaskan kukusan.
Buat gulu hangus dan biarkan suam.
Pukul butter hgga lembut.
Tambah telur sebiji-sebiji.
Tambah tepung,susu pekat dan gula hangus suam..
Biar 10 minit baru kukus 2 jam.Sebaik2nya tutup loyang dgn aluminium foil semasa mengukus.
** sy slalu kukus sejam lebih skit jer..

1 comment:

  1. My dear, ini lebih kurang dengan resepi akak. Tapi akak jarang buat. Rajin sangat buat macam-macam kuih. Len kali akak boleh refer resepi kat sini pulak heheh

    ReplyDelete